Polis selesai siasat kes Altantuya - KPN - Semasa | mStar

Polis selesai siasat kes Altantuya - KPN

SUBANG JAYA: Kertas siasatan kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibuka semula telah selesai, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

"Kita telah lengkapkan siasatan dan akan kemukakan kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara.

"Kita sedang menunggu arahan selanjutnya," katanya.

Pada 20 Jun lalu, bapa Altantuya, Dr Shaaribuu Setev telah membuat laporan polis meminta supaya kes berkenaan dibuka semula.

Sehari selepas itu, Mohamad Fuzi mengesahkan pihaknya akan menyiasat semula kes berkenaan.

Altantuya dipercayai dibunuh dan mayatnya telah diletupkan menggunakan bahan letupan di kawasan hutan di Mukim Bukit Raja, Klang antara pukul 10 malam pada 19 Oktober dan 1 pagi pada 20 Oktober 2006.

Pada 2009, bekas anggita Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri didapati bersalah membunuh Altantuya.

Mahkamah Rayuan bagaimanapun menolak keputusan penghakiman itu pada 2013 dan susulan permohonan rayuan pihak pendakwa, keputusan telah dikekalkan Mahkamah Persekutuan.

Sirul bagaimanapun telah melarikan diri ke Australia dan ditahan Imigresen negara berkenaan dan ditempatkan di pusat tahanan di Sydney sejak 2015.
Altantuya , Fuzi

Artikel Sebelum

MH17: "Tidak berundur, tidak mengalah"

Artikel Berikut

Penyokong Daesh ugut Agong diberkas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain