Selamat hari lahir Mummy... tabah, juga lucu! - Semasa | mStar

Selamat hari lahir Mummy... tabah, juga lucu!

Tun Dr Siti Hasmah

PETALING JAYA: Hanya berselang dua hari, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pula menyambut ulang tahun kelahirannya ke-92 pada Khamis.

Datin Paduka Marina Mahathir mengucapkan selamat hari lahir kepada ibunya menerusi status yang dimuat naik di halaman Facebook miliknya.

“Selamat hari ulang tahun ke-92 ‘Mummy’ saya, seorang yang kuat dan tabah (dan seringkali lucu) di belakang kami semua, tetapi terutamanya ayah.

“Apa lagi yang antara kami dapat lakukan tanpa kasih sayang, sokongan dan kearifan ibu?,” tulis Marina pagi Khamis, sambil memuat naik gambar Dr Siti Hasmah yang kelihatan anggun berbaju kurung merah jambu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun kelahirannya ke-93 pada 10 Julai, Selasa lalu.

Marina turut memberikan ucapan ulang tahun kepada bapanya yang merupakan perdana menteri paling tua di dunia itu menerusi Facebook.

"Selamat ulang tahun ke-93 untuk ayahku sayang. "Tiada siapa tahu apa yang diperlukan untuk kembali semula ke dalam arena politik, pergi ke sana dan berjuang, kemudian bekerja keras menyelamatkan Malaysia yang kita cintai.

"Saya amat bangga dengan banyak perkara yang anda capai tetapi tiada apa yang membuatkan saya lebih bangga daripada melihat anda masih sedia mendengar dan belajar dari rakan-rakan baharu anda," ujar Marina.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Faktor kecuaian dalam kes Adam Rayqal?

Artikel Berkaitan

Selamat hari lahir ayah!

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa