suria

Guru tahfiz ditahan disyaki minta remaja buat seks oral

KUALA LUMPUR: Seorang guru tahfiz pada Rabu ditahan selepas disyaki melakukan seks luar tabii terhadap anak muridnya berusia 14 tahun di sebuah maahad tahfiz di Hulu Klang  dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata suspek lelaki berusia 21 tahun itu ditahan kira-kira 12 tengah hari oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ampang Jaya.

"Remaja lelaki itu membuat laporan polis semalam dan mendakwa pada awal Mei, suspek meminta mangsa melakukan seks oral terhadapnya namun mangsa menolak.

“Kemudian suspek dipercayai bertindak melakukan seks oral terhadap mangsa sebanyak lima kali, mangsa takut untuk kembali ke pusat tahfiz berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Hamzah berkata suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan. - Bernama

guru tahfiz

Artikel Lain