Pemandu Grab dilapor hilang sejak tiga hari lepas - Semasa | mStar

Pemandu Grab dilapor hilang sejak tiga hari lepas

JOHOR BAHRU: Polis sedang giat mengesan seorang pemandu Grab yang dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumahnya di Taman Kota Masai, dekat Pasir Gudang, sejak tiga hari lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abdul Aziz berkata lelaki itu disedari hilang oleh isterinya selepas keluar dari rumah untuk bekerja, kira-kira 10 malam, Selasa lepas.

“Polis Daerah Seri Alam mengesahkan menerima laporan bersabit kejadian itu (kehilangan). Usaha mengesan lokasi terakhir telefon bimbit mangsa sedang dijalankan dan gambar mangsa juga telah diedarkan.

“Hingga kini, mangsa dan juga kenderaan Saga BLM warna kelabu bernombor pendaftaran JMQ 2214 yang dipandunya masih belum ditemui,” katanya menerusi kenyataan di sini Jumaat.

Jokhiri berkata siasatan awal mendapati pemandu Grab itu keluar dari rumahnya sebelum menuju ke destinasi yang tidak diketahui dan buat masa ini tiada sebarang unsur jenayah disyaki berlaku.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan mangsa supaya tampil memberi maklumat di mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, kehilangan pemandu Grab yang dikenali sebagai Ishak Shuadak itu mendapat perhatian orang ramai selepas tular dalam laman Facebook sejak Khamis. - BERNAMA

Grab , hilang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain