suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib dibawa keluar dari SPRM, menuju ke mahkamah

PUTRAJAYA: Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini pada pukul 7.37 pagi Rabu.

Kenderaan Proton Inspira merah yang membawa Najib diiringi enam kenderaan lain termasuk dua kereta peronda polis dan dua motosikal pengiring.

Petugas media menunggu sejak pukul 6.30 pagi bagi merakam pergerakan keluar Perdana Menteri keenam itu.

Najib ditahan SPRM pada pukul 2.35 petang semalam di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur dan akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini.

Najib ditahan berhubung siasatan kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd., bekas anak syarikat 1MDB. - BERNAMA

Najib Tun Razak, mahkamah

Artikel Lain