suria

Pemilihan Umno: Ahmad Zahid presiden Umno ketujuh

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara rasminya dilantik menjadi presiden presiden Umno ketujuh.

Sehingga pukul 9.44 malam Sabtu beliau diumumkan memperoleh 93 undi.

Seorang lagi calon presiden, Khairy Jamaluddin mengekori Ahmad Zahid dengan 51 undi.

Tengku Razaleigh Hamzah yang turut menawarkan diri merebut jawatan itu memperoleh 23 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan menerusi Twitter pemantau pemilihan parti itu @Pemilihan Umno 2018, malam Sabtu.

Mohamad.

Sementara itu, bagi jawatan timbalan presiden pula dimenangi oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dengan 75 undi.

Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang turut bertanding jawatan itu berada di belakangnya dengan 55 undi.

Bagi perebutan jawatan naib presiden, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului pencabar lain dengan memperoleh 16 undi.

Ismail Sabri turut diekori rapat dua calon lain, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Mahdzir Khalid masing-masing dengan 15 dan 14 undi.

Dua calon lain, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman masing-masing memperoleh 13 dan 12 undi manakala Datuk Seri Ahmad Said, satu undi.

pemilihan Umno, Presiden

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain