Kerajaan akan jual barang rampasan Najib - Semasa | mStar

Kerajaan akan jual barang rampasan Najib

Sebahagina barangan kemas yang diraps di kediaman Najib disita polis.

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia akan menjual barang kemas dan barangan mewah termasuk rantai berlian, tiara dan beg tangan berjenama yang disita dalam siasatan wang haram yang didakwa milik bekas pemimpin Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kenyataan itu dijelaskan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng kepada The Associated Press (AP).

Sebelum ini polis mendedahkan sebanyak 12,000 barang kemas, 567 beg tangan, 423 jam tangan dan 234 cermin mata hitam telah dirampas bulan lalu dari beberapa premis yang dikaitkan dengan Najib.

Polis menganggarkan ia jumlah terbesar dalam sejarah negara, bernilai lebih dari AS$273 juta.

Guan Eng memberitahu dalam temu bual pada Jumaat bahawa kerajaan akan 'cuba untuk menjual apa sahaja yang boleh'.

"Kami akan berusaha untuk menjual apa sahaja yang kami boleh, tetapi perlu diingat bahawa ia tidak ada apa-apa berbanding jumlah yang telah dirompak dari negara," katanya, sambil menambah beliau terkejut dengan penyitaan barang-barang itu.

Rakyat Malaysia memberi pelbagai reaksi di media sosial selepas pendedahan tersebut.

Sementara itu, Najib mendakwa kebanyakan barang itu adalah hadiah daripada para pembesar asing selama beberapa dekad dan menyatakan penilaian polis keterlaluan dan kelihatan sebagai 'balas dendam politik' terhadap keluarganya.

"Bayangkan jika jumlah itu ditemui atau didedahkan di Amerika Syarikat, ia akan membimbangkan walaupun untuk sebuah negara yang kaya raya seperti Amerika Syarikat," kata Guan Eng.

"Untuk negara kecil seperti Malaysia, 'ia benar-benar di luar dunia ini'," katanya.

Lim Guan Eng , Najib

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain