Tiada pertandingan sayap di Gua Musang, Machang - Semasa | mStar

Tiada pertandingan sayap di Gua Musang, Machang

Tengku Razaleigh, bersama Ketua Pemuda, Puteri dan Wanita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian, di Bukit Cekati.

GUA MUSANG: Tiada pertandingan sayap di Umno Bahagian Gua Musang pada pemilihan Umno bagi penggal 2018-2021.

Masing-masing memilih untuk tidak mengadakan pertandingan bagi jawatan Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan Ketua Wanita.

Calon Pemuda, Mohd Azmawi Fikri Abd Ghani, calon Wanita, Zanariah Abd Rahim dan calon Puteri, Norfadzlete Aryani Mat Rosli, menang tanpa bertanding (MTB).

Hanya tiga jawatan sahaja berdepan dengan pertandingan dua penjuru iaitu Ketua Umno Bahagian, Timbalan Ketua Umno Bahagian dan Naib Ketua Umno Bahagian.

Ahli Parlimen, Tengku Razaleigh Hamzah, dicabar bekas Ketua Pemuda, Datuk Bazlan Baharuddin.

Ketua Penerangan, Mohd Syahbuddin Hashim, pula menawarkan diri bagi merebut jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian yang digalas Datuk Nozula Mat Diah, sebelum ini.

Manakala Ketua Pemuda, Sheikh Razali mencabar kerusi Abd Aziz Yusoff untuk jawatan Naib Ketua Umno Bahagian.

Sementara itu di Machang, kesemua sayap Umno Bahagian Machang sepakat untuk tidak mengadakan pertandingan bagi semua jawatan tertinggi Wanita, Pemuda dan Puteri.

Apa yang ditekankan pada persidangan kali ini adalah semangat juang dan kerjasama yang padu bagi sama-sama membangunkan kembali parti Melayu itu.

Sekalipun pada peringkat permulaan ada yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua pemuda Umno namun bertindak menarik diri atas kesepakatan tersebut dan berjanji untuk sama-sama membangunkan Umno sebagai satu pasukan.

Dalam masa yang sama, Puteri Umno di sini menyaksikan pemilihan ketua yang baharu, Nurul Hasliana Hamsani apabila bekas ketuanya, Nur Najmah Ariffin tidak mempertahankan jawatan itu atas faktor usia.

Nurul Hasliana merupakan bekas Ketua Penerangan Puteri Bahagian Machang dan menyertai sayap parti itu sejak 2013.

Selain sayap, persidangan Umno Bahagian Machang pada 30 Jun ini juga tidak akan melibatkan sebarang pertandingan atas semangat sama.

Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dalam ucapan perasmiannya menyeru semua pihak bekerja sebagai satu pasukan tanpa mengira jawatan yang dipegang.

Katanya, semangat kesepakatan dan kerjasama yang tinggi menjadi kunci untuk mengembalikan kegemilangan Umno. - Sinar Online

Pemilihan Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua beranak maut nahas di Pontian

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain