Malaysia Airlines tawar diskaun sehingga 40 peratus - Semasa | mStar

Malaysia Airlines tawar diskaun sehingga 40 peratus

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAB) kini menawarkan diskaun sehingga 40 peratus bagi tiket-tiket kelas perniagaan dan ekonomi ke lebih 60 destinasi bersempena promosi Jualan Pertengahan Tahun.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, syarikat itu berkata tawaran  bermula Khamis sehingga 27 Jun, 2018, membabitkan tempoh perjalanan antara 23 Jun, 2018 sehingga 31 Mei, 2019 untuk perjalanan domestik manakala bagi penerbangan luar negara pada 26 Jun, 2018 sehingga 31 Mei, 2019.

“Lebih sejuta tempat duduk ditawarkan untuk ke destinasi pilihan anda termasuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sydney, Tokyo, Shanghai, Seoul, Auckland, Hong Kong, Jakarta, Bangkok, Singapura, Kota Kinabalu, Alor Setar dan Pulau Pinang.

“Turut ditawarkan dalam promosi itu adalah penerbangan dari Kota  Kinabalu ke Shanghai, Taipei, Tokyo dan Perth,” katanya.

Pembelian bagi Jualan Pertengahan Tahun MAB itu boleh dibuat menerusi laman sesawang www.malaysiaairlines.com. - Bernama

Malaysia Airlines

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Farmasi KK Tampin musnah terbakar

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain