suria

Beri saingan sihat kepada Singapura - Guan Eng

CYBERJAYA: Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberitahu sekumpulan usahawan bahawa sudah tiba masanya Malaysia memberi persaingan ekonomi yang sihat kepada Singapura.

"Kita perlu mempunyai semangat yakin boleh. Sebagai contoh, mengapa kita perlu kalah kepada Singapura setiap masa?

"Kalahkan mereka, anda boleh buat. Pulau Pinang berjaya mengalahkan mereka banyak kali," katanya kepada sekumpulan usahawan di majlis pelancaran Program Pemecut Global, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

"Saya bukan anti-Singapura di sini tetapi saya hanya cuba memberi motivasi kepada anda bahawa anda boleh melakukannya!

"Lagipun jika anda lihat Singapura, mereka menggunakan ramai individu berbakat," kata Guan Eng.

Beliau berkata rakyat Singapura bagus dalam pemasaran kerana mereka berani membuat dakwaan bahawa mereka pencetus kepada beberapa makanan lazat yang sama antara kedua-dua negara.

"Nasi ayam adakah milik mereka?... jika anda tidak teliti kuay teow goreng juga akan menjadi milik mereka (suatu hari nanti)," kata Guan Eng.

Lim Guan Eng

Artikel Sebelum

Artikel Lain