Perak jamin MAPS tidak akan ditutup - Semasa | mStar

Perak jamin MAPS tidak akan ditutup

Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, Perak. Foto RONNIE CHIN/The Star

IPOH: Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) tidak akan ditutup sebaliknya komited mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, antara masalah yang dihadapi ialah tarikan utama di teman tema tersebut iaitu Dream Zone yang telah siap tetapi masih tidak dibuka boleh digunakan.

“Ada juga masalah pengurusan yang tidak sepatutnya dibuat tetapi dibuat. Saya komited tidak akan tutup (MAPS), saya akan meneruskan apa sedia ada dan kita akan cuba jadikan MAPS satu taman tema yang hebat,” katanya kepada pemberita pada jamuan Hari Raya Kerajaan Negeri Perak di MAPS di sini, Jumaat.

Menurut Ahmad Faizal, kerajaan negeri juga sedang dalam perbincangan dengan beberapa pihak termasuk pelabur yang berminat untuk melabur bagi pembangunan taman tema itu.

“Saya tidak boleh dedahkan apa-apa sebab ia masih ditahap perbincangan dengan pelbagai pihak (termasuk pelabur),” katanya.

MAPS yang dibuka pada 26 Jun 2017 mempunyai lebih 40 tarikan unik dengan enam tema animasi terkemuka dunia termasuk Boboiboy, The Smurfs dan beberapa watak animasi daripada Dreamworks.

Taman tema animasi yang dibina di kawasan seluas 21 hektar itu dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja dan dilanjutkan sehingga 10 malam pada cuti hujung minggu, cuti umum serta cuti sekolah.

Beliau turut menarik perhatian untuk melanjutkan masa penutupan yang sepatutnya pukul 6 petang kepada 8 malam sekiranya pengunjung bertambah bagi memudahkan mereka menikmati tarikan yang ada di sini.

Bercakap mengenai jamuan Hari Raya, Ahmad Faizal berkata, beliau amat teruja dengan kehadiran orang ramai hari ini yang mana lebih 15,000 orang hadir sehingga pukul 4 petang.

“Walaupun cuaca panas tapi penuh dengan kemeriahan, saya harap ini satu perkara yang dapat kita pupuk di negeri Perak agar rakyat sentiasa bersatu padu dan meraikan segala perayaan yang ada di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Jamuan Hari Raya yang bermula pukul 3 petang menyediakan pelbagai juadah antaranya satay, lemang, rendang ayam dan kuew Tiaw selain diserikan dengan persembahan artis tempatan termasuk Datuk M. Nasir, Datuk Jamal Abdillah dan Zamani Slam.

Pada jamuan itu juga orang ramai diberi peluang menikmati permainan yang terdapat di taman teman tersebut secara percuma.

MAPS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain