Tempah kuih raya atas talian melalui Blee - Semasa | mStar

Tempah kuih raya atas talian melalui Blee

KUALA LUMPUR: Jika anda masih tercari-cari kuih raya, anda boleh memilih 200 jenis kuih raya yang diusahakan oleh 100 peniaga tempatan menerusi kempen ‘Fiesta Kuih Raya' yang boleh diakses menerusi atas  talian  dengan mengunjungi  laman web  www.mybazar.com/blee.

Kempen itu adalah di bawah program eUsahawan yang disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)  dibuka sejak 30 Mei lepas hingga 17  Jun ini, menurut kenyataan  MDEC.

Antara kuih yang ditawarkan ialah kuih  Bangkit Keju dari Langkawi, kuih Makmor Sarawak, Mamashut2u Strawberry Granola Mooncake dari Kajang hingga ke  Mak Su Maa Popia Serunding Ikan dari Kelantan.

Blee, yang bermaksud Barangan Luar biasa Eksklusif eUsahawan, merupakan salah satu program MDEC dalam usaha mengetengahkan produk berkualiti  penjual tempatan pada harga berpatutan.

“Ianya juga menyediakan saluran merentasi sempadan untuk produk-produk ini menembusi  pasaran  setempat,” menurut kenyataan itu.

Menurut MDEC, MyBazar telah dipilih sebagai syarikat eDagang untuk meneraju program Blee ini.

Bagi penjual tempatan program ini tidak mengenakan sebarang yuran  ataupun komisen, serta penghantaran percuma untuk tempoh tertentu , malah mereka akan diberi latihan , serta dibantu dari segi promosi dan pemasaran secara atas talian.

Menurut kenyataan itu lagi Blee  merupakan platform ekslusif khusus buat penjual tempatan dan produk-produk tempatan, bukan sahaja untuk menembusi pasaran yang lebih luas di dalam negara, tetapi juga  memberi peluang kepada penjual tempatan untuk mengeskport produk mereka ke pasaran antarabangsa.

Mereka yang berminat untuk menyertai program ini boleh mendaftar untuk menyertai Blee secara atas talian, dengan mengunjungi laman web berkenaan,  menurut kenyataan itu. -- Bernama

Blee , Fiesta Kuih Raya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

"Kalau umur 90 tahun, tok sah bawa"

Artikel Lain