Azmin diberi kuasa lebih luas - Semasa | mStar

Azmin diberi kuasa lebih luas

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi kuasa lebih luas kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dalam peranannya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi (MEA).

Ia langkah terbaharu yang boleh mengapi-apikan persaingan dalam parti gabungan Pakatan Harapan (PH) dan membenarkan beliau mengukuhkan kedudukannya berbanding bakal pengganti Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber membeirtahu The Straits Times bahawa Azmin akan memantau syarikat besar di Malaysia termasuk Petronas, Khazanah dan Perbadanan Nasional Berhad yang secara kolektif bernilai lebih RM1 trilion.

Malah agensi penting yang menjaga kebajikan majoriti masyarakat Melayu-Islam seperti Felda, Tabung Haji dan unit serta jabatan yang membantu usahawan Melayu juga ditempatkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA).

Sewaktu pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini, syarikat-syarikat berkenaan diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.

"Skopnya lebih luas dan pelan awal untuk meletakkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah MEA juga mungkin dibatalkan.

“Tindakan oleh Dr Mahathir itu, yang menangkis beberapa cabaran terhadap kepimpinannya ketika kali pertama menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003, dilihat sebagai satu lagi strategi pecah dan perintahnya,” lapor akhbar itu.

Langkah tersebut juga menimbulkan panik di kalangan penyokong Anwar yang bersetuju menggantikan Dr Mahathir dalam tempoh dua tahun lagi, rancangan peralihan kuasa yang dipersetujui Pakatan Harapan.

Azmin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dikatakan berada dalam kem PKR yang bertentangan dengan Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Mahathir membentuk kerajaan selepas partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menang 13 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 9 Mei.

Jumlah itu lebih rendah berbanding 49 kerusi dimenangi PKR. Kedua-dua parti itu sebahagian daripada gabungan pemerintah Pakatan Harapan.

Dalam rundingan awal selepas kemenangan PH pada 9 Mei lalu, tawaran PKR terhadap salah satu portfolio utama - kewangan, dalam negeri, pertahanan atau pendidikan - ditolak.

Namun, Azmin yang sedang meningkat naik dilihat penganalisis sebagai pengganti Dr Mahathir, diberi tanggungjawab untuk menerajui MEA, satu langkah yang akan membendung pengaruh Anwar dalam PH.

Azmin Ali , PKR , Pakatan Harapan

Artikel Berkaitan

Amirudin Shari

Amirudin ganti Azmin?

Azmin sebak

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain