Dakwaan Kadir Jasin disiasat - Semasa | mStar

Dakwaan Kadir Jasin disiasat

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Unit Media Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin disiasat berhubung tulisan di blognya berkaitan dakwaan RM256.9 juta dibelanjakan untuk Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 16 bulan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan tiga laporan polis dibuat terhadap Kadir berhubung tulisan berkenaan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong di blognya.

Fuzi berkata, siasatan dijalankan berhubung dakwaan ugutan jenayah, hasutan dan juga mengikut kesalahan melanggar akta komunikasi.

Katanya, pasukannya menerima tiga laporan ke atas wartawan veteran itu.

“Kami menerima tiga (laporan) setakat ini dari Selangor dan Kelantan dan kertas siasatan sudah dibuka ke atas kes ini,” katanya.

Siasatan itu berhubung tulisan di blognya dalam bahasa Inggeris bertajuk “Constitution: The King and the Pauper” yang disiarkan pada Isnin lalu.

A Kadir antara lain mendakwa, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM256.9 bilion kepada Yang di-Pertuan Agong untuk 16 bulan sehingga April tahun ini.

Menurutnya, dana itu diperuntukkan untuk kemudahan, penyelenggaraan kediaman dan istana, barangan peribadi, pesawat dan pengangkutan, latihan dan peralatan pengiring, pakaian dan barangan upacara, hadiah dan cenderamata, lawatan luar negara dan gaji kakitangan istana.

Bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times itu bagaimanapun tidak menyatakan sumber maklumat berhubung perbelanjaan istana.

Bagaimanapun, menurut Perbendaharaan, kerajaan hanya memperuntukkan RM13.5 juta setahun untuk Agong.-SinarHarian

Kadir Jasin , Fuzi

Artikel Sebelum

Ahmad Zahid jumpa Tun M

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain