suria

Polis tahan ahli Pekida suspek ugut bunuh Tun M

KUALA LUMPUR: Ahli Pekida berusia 38 tahun ditahan kerana disyaki membuat ugutan bunuh terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi media sosial, kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ketua Polis Negara itu berkata, lelaki itu ditahan di Beverly Heights, Ampang kira-kira pukul 4 pagi, Sabtu.

Tindakan itu susulan laporan polis yang dibuat setiausaha Pekida Selangor selepas posting yang dimuat naik suspek itu tular di media sosial.

Suspek meletakkan status untuk memerangi dan menembak perdana menteri berusia 93 tahun itu.

"Bagaimanapun, suspek mendakwa akaun Facebook miliknya telah digodam.

"Pihak kami masih menyiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan untuk kesalahan jenayah mengugut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan akses jaringan," katanya pada Isnin.

Kata Fuzi lagi, suspek telah direman hingga Rabu ini.

Pekida, Mahathir

Artikel Lain