Syarikat pemaju hartanah fail saman fitnah terhadap Shahrir - Semasa | mStar

Syarikat pemaju hartanah fail saman fitnah terhadap Shahrir

Shahrir Abdul Samad.

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pemaju hartanah, Synergy Promenade Sdn Bhd memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berhubung isu tanah Felda.

Syarikat itu selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui Tetuan Reza Rahim and Rajivan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini dengan menamakan Shahrir atas kapasiti peribadinya, sebagai defendan tunggal.

Syarikat berkenaan mendakwa Shahrir yang ketika itu Pengerusi Felda telah mengeluarkan beberapa kenyataan fitnah antara Disember 2017 hingga Mac 2018 yang disiarkan dalam beberapa media massa, laman sosial Facebook dan YouTube serta portal berita.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa kenyataan-kenyataan itu menyebabkan reputasi mereka tercalar selain mengakibatkan plaintif kehilangan projek-projek yang sedang diusahakan.

Syarikat itu menuntut satu perintah injuksi bagi menghalang defendan menerbitkan semula kenyataan tersebut serta ganti rugi RM100 juta, faedah, kos dan relief lain yang sesuai.

Turut hadir bagi pihak Synergy ialah Pengarah Urusan dan Pembangunan, Datuk Marina Hashim bersama peguamnya Mohamed Reza Rahim dan Rajivan Nambiar. - BERNAMA

Shahrir Abdul Samad , Felda

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain

Wenger dapat tugas baharu di Fifa