Dua pegawai STAGG Bukit Aman miliki RM1.5 juta direman SPRM - Semasa | mStar

Dua pegawai STAGG Bukit Aman miliki RM1.5 juta direman SPRM

KUALA LUMPUR: Dua pegawai Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama wang tunai secara keseluruhannya kira-kira RM1.5 juta, Khamis lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki (gambar) ketika dihubungi Bernama pada Sabtu mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata dua pegawai kanan polis itu direman empat hari mulai semalam hingga Isnin ini untuk siasatan lanjut.Dalam serbuan kira-kira 1 tengah hari itu, dua pegawai itu ditahan di sebuah kedai membaiki kereta di Subang Jaya bersama wang tunai, RM341,000.

Menurut sumber, penahanan kedua-dua pegawai yang masing-masing berpangkat Asisten Komisioner dan Asisten Superintendan itu turut membawa kepada rampasan beberapa kereta mewah dan sejumlah wang tunai di sebuah kondominium milik seorang suspek dan di pejabat STAGG di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Kes disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

STAGG

Artikel Sebelum

Apabila opah telekung tunjuk skil

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain