Mohamad akan bertanding jawatan timbalan presiden - Semasa | mStar

Mohamad akan bertanding jawatan timbalan presiden

SEREMBAN: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti 30 Jun ini.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata tujuannya bertanding kerana mahu mengembalikan semula semangat anggota-anggota Umno yang hilang berikutan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) baru-baru ini.

"Saya harap niat saya menawarkan diri tidak disalah tafsir. Niat saya semata-mata hanya untuk berbakti kepada parti, masyarakat dan negara serta supaya parti ini tidak hilang daripada radar dalam negara.

"Saya harap saya dapat memainkan peranan membantu presiden mengembalikan semula semangat juang dan peranan Umno dalam politik tanah air," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Khatam Tadarus Al-Quran Perdana anjuran Pertubuhan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti), Sabtu.

Mohamad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan berkata jika diberi mandat oleh anggota parti, beliau bersama-sama rakan-rakan dalam Majlis Tertingi akan berusaha memperkasa semula Umno.

"Kita nak satu Umno baharu yang semangat juangnya tinggi dan mereka yang bersama Umno pula bukan semata-mata kerana imbuhan atau ada agenda tertentu," katanya.- Bernama

Mohamad Hassan , Negeri Sembilan , Umno

Artikel Sebelum

Misteri fail merah masih disiasat

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain