suria

5660 1062 6452 nombor akaun bantu bayar hutang negara

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia (THM) khusus bagi membolehkan rakyat negara ini menyumbang bagi meringankan beban hutang negara.

Perdana Menteri berkata, tabung amanah khusus itu adalah saluran untuk rakyat menderma bagi membantu kewangan kerajaan.

"Ramai rakyat bila tahu kewangan negara buruk mereka sanggup untuk beri derma untuk kerajaan, kita alu-alukan sikap patriotik mereka," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya, Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Izzah sebak, rakyat nak bayar hutang negara

Dr Mahathir berkata, semua derma yang diterima daripada rakyat ini akan dikendalikan Kementerian Kewangan.

"Derma ini akan dikendalikan pihak bertanggungjawab dalam kerajaan iaitu Kementerian Kewangan," katanya.

Sementara itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataan rasmi telah mengumumkan nombor akaun Malayan Banking Berhad untuk tujuan berkenaan iaitu 566010626452.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat negara ini di atas keprihatinan dan sumbangan ikhlas dalam menghadapi keadaan ekonomi semasa.

Baru-baru ini, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak dapat menahan sebak apabila rakyat secara terbuka berhasrat untuk menyumbang untuk membantu membayar hutang negara yang mencecah RM1 trilion.


Artikel Berikut

Artikel Lain