suria

AGM Sabtu tak sah! - Kayveas

M. Kayveas. Foto AZLINA ABDULLAH/The Star

KUALA LUMPUR: Konflik dalaman yang melanda Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) berterusan apabila Tan Sri M. Kayveas mengisytiharkan mana-mana mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu yang diadakan selain pada Ahad adalah "tidak sah".

"Ini lah mesyuarat agung tahunan rasmi, yang lain-lain tak," katanya semasa berucap di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada Ahad.

Ia merujuk kepada AGM yang diadakan pada Sabtu oleh Datuk Seri Maglin D'Cruz yang juga mengisytiharkan dirinya sebagai pemimpin nombor satu parti itu.

Maglin mendakwa seramai 1,250 perwakilan telah melantiknya sebagai presiden semasa AGM yang diadakan pada Sabtu. 

Kayveas bagaimanapun mendakwa beliau memperoleh kira-kira 6,000 tandatangan dari seluruh negara yang menyokongnya sebagai presiden, dan Perdaftar Pertubuhan (RoS) telah mengeluarkan surat pada 18 Mei lalu, menyatakan bahawa beliau merupakan presiden parti yang sah.

Beliau juga menunjukkan rakaman CCTV yang didakwa memaparkan puak Maglin telah memecah masuk ke ibu pejabat parti dan merosakkan harta-benda.

Pada 30 April lalu, Kayveas memuat naik status di akaun media sosial menunjukkan beliau menarik balik surat perletakan jawatannya dan mengisytiharkan dirinya sebagai presiden lagi selepas memberitahu meletakkan jawatan pada 25 April.

Bagaimanapun, Maglin yang memangku jawatan presiden parti itu kekal dengan pendirian bahawa Kayveas telah dipecat dari parti itu pada 25 April.

MyPPP, M. Kayveas, Maglin D'Cruz

Artikel Lain