"Radiohead selepas Ramadan" - Semasa | mStar

"Radiohead selepas Ramadan"

Nurul Izzah. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Berikutan janji yang pernah dibuat oleh Nurul Izzah Anwar untuk membawa kumpulan rock, Radiohead, ke Malaysia sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, netizen kini mula tertanya-tanya bila janji tersebut akan dikotakan.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata janji berkenaan akan diuruskan selepas selesai Ramadan bagi menghormati bulan mulia itu, di samping memberi laluan kepada isu-isu lain yang lebih memerlukan perhatian.

“Kita kena follow fiqh of priorities (iaitu) mengikut prinsip keutamaan (dalam Islam). Ramadan bulan untuk mencari pahala. Saya akan bawa selepas Ramadan.

“Kita (juga perlu) jaga ekonomi (Malaysia) dulu,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu Program Bicara Nine11 terbitan Bernama News Channel di sini Khamis.

Anak sulung pasangan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu berkata beliau komited untuk menunaikan janji yang dibuatnya lima tahun lalu.

Komitmen tersebut turut dinyatakan beliau di laman media sosial Twitternya baru-baru ini.

“Indeed. A promise is a promise #PostRamadanDiscussion. Now get on to work! (Semestinya. Janji tetap janji#Perbincangan Selepas Ramadan. Kini perlu bekerja),” ujar beliau.

Setakat 6 petang, tweet itu mendapat 3,800 ulang kicau (retweet) dan lebih 4,100 tanda suka.

Nurul Izzah berkata urusan untuk membawa kumpulan kegemarannya yang berasal dari Abingdon, Oxfordshire itu bakal melibatkan banyak perbincangan termasuk beberapa prasyarat tertentu yang perlu diambil kira supaya tiada kebimbangan dibangkitkan kelak.

“Jadi sudah tentu saya akan melakukan sedaya upaya. Tetapi, subjek kepada beberapa perkara yang perlu diambil kira,” jelas beliau.

Ditubuhkan pada 1985, kumpulan Radiohead terkenal dengan lagu-lagu seperti Creep, No Surprises, Karma Police, Exit Music, High and Dry dan My Iron Lung.

Kumpulan rock Inggeris itu dianggotai oleh Thom Yorke (penyanyi, gitaris dan pemain piano), Jonny Greenwood (gitaris utama dan keyboard), Colin Greenwood (bass), Ed O'Brien (gitaris, penyanyi latar) dan Philip Selway (pemain dram dan instrumen prekusi).
-Bernama

Radiohead , Nurul Izzah

Artikel Sebelum

Pelajar kolej ditemui mati dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel