suria

MH17 ditembak jatuh peluru berpandu Rusia

KUALA LUMPUR: Selepas empat tahun penyiasatan, Pasukan Siasatan Bersama (JIT) diketuai Belanda pada Khamis, merumuskan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu milik tentera Rusia, BUK TELAR, pada 17 Julai 2014.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawangnya, JIT berkata mereka yakin BUK TELAR digunakan bagi menembak jatuh MH17, dan daripada Briged ke-53 Peluru Berpandu AntipPesawat (Briged ke-53), yang berpangkalan di Kursk, dalam Persekutuan Rusia.

Menurut kenyataan itu, beberapa imej BUK TELAR yang digunakan bagi menembak jatuh MH17 adalah diperoleh dan analisis yang dijalankan menghasilkan beberapa ciri.

"Gabungan itu sangat istimewa yang boleh dianggap sebagai cap jari. Cap jari ini sudah dibandingkan dengan pelbagai imej BUK TELAR, kedua-duanya milik Ukraine dan Rusia.

"Satu-satunya BUK TELAR yang mempunyai kombinasi ciri-ciri ini juga didapati, adalah BUK TELAR yang direkodkan beberapa kali apabila ia menyertai konvoi Briged ke-53 pada 23 hingga 25 Jun, 2014," menurut kenyataan itu.

Pesawat Boeing B777 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan membawa 298 penumpang termasuk anak kapal, ditembak jatuh di zon konflik di timur Ukraine pada 17 Julai, 2014.
-Bernama

MH17, BUK TELAR, JIT

Artikel Sebelum

Artikel Lain