Azeez letak jawatan pengerusi Tabung Haji - Semasa | mStar

Azeez letak jawatan pengerusi Tabung Haji

PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meletakkan jawatan sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji.

Kontraknya sepatutnya tamat pada Julai tahun depan.

Abdul Azeez berkata, surat peletakan jawatan itu dihantar ke jabatan perundangan lembaga tersebut pada 14 Mei.

Sebuah lagi surat yang dialamatkan kepada menteri yang bertanggungjawab ke atas Lembaga Tabung Haji itu masih berada bersama pasukan perundangannya memandangkan menteri baharu yang akan mengambil alih institusi itu belum dilantik.

"Saya dilantik oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), jadi peletakan jawatan saya mesti diserahkan kepada menteri yang berkenaan.

"Saya sudah letak jawatan. Ia masih belum rasmi kerana masih belum ada menteri.

"Pasukan perundangan saya akan menghantar surat kepada jabatan yang berkaitan sebaik menteri (untuk Tabung Haji) dilantik," katanya.

Abdul Azeez menambah, beliau menghormati keputusan kerajaan Pakatan Harapan bahawa tiada ahli politik dibenarkan memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan, termasuk Tabung Haji.

Abdul Azeez , Lembaga Tabung Haji

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Raja Gula tabik Tun M

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain