suria

Justo jumpa Tun M

Justo (kanan) bersama Dr Mahathir.

PETALING JAYA: Warganegara Switzerland, Xavier Andre Justo yang merupakan bekas kakitangan PetroSaudi International bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad.

Justo memuat naik sekeping gambarnya bersama Dr Mahathir di Facebook dan menyatakan rasa kagumnya bertemu dengan perdana menteri.

"Sangat istimewa dan momen yang sukar untuk dipercayai!," tulisnya.

Justo merupakan individu utama dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dikatakan berkongsi maklumat mengenai 1MDB dengan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Rewcastle-Brown yang dilarang memasuki Sarawak pada 2015 kini kembali ke Kuala Lumpur berikutan penubuhan Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Xavier Andre Justo, 1MDB, Dr Mahathir

Artikel Lain