suria

Azmin bertemu Tun M

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana dekat Putrajaya pada tengah hari Sabtu.

Menurut laporan berita tempatan, Timbalan Presiden PKR itu berada di sana untuk bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mereka dijangka berbincang mengenai kedudukannya di dalam Kabinet.

Azmin yang turut memegang tiga jawatan dalam Exco Selangor, dinamakan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada Jumaat.

Difahamkan beliau tidak akan memegang dua portfolio sekaligus.

Azmin Ali, Tun M

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain