'Tak akan pegang 2 portfolio' - Semasa | mStar

'Tak akan pegang 2 portfolio'

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang disenaraikan bakal dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi memberitahu tidak akan memegang dua portfolio sekaligus.

Menurutnya, beliau akan bertemu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan sama ada perlu kekal menerajui negeri ini atau pun beralih ke peringkat Persekutuan.

Katanya, beliau juga akan bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapat penjelasan lebih lanjut mengenai skop tugas yang diamanahkan di peringkat Persekutuan.

“Saya tidak mendapat maklumat itu sehingga dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri sebentar tadi. Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang memberi kepercayaan untuk menerajui sebuah kementerian kanan.

“Sudah tentu beban tugas ini amat besar memandangkan ia usaha-usaha untuk memulihkan ekonomi negara,”katanya ketika ditemui dalam Majlis Berbuka Puasa Ihya Ramadan Sultan Selangor bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.

Mohamed Azmin berkata, beliau sudah menyembah maklum kepada Sultan Sharafuddin berkenaan maklumat yang diperolehinya dan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri secepat mungkin.

“Pertemuan itu mungkin diadakan malam ini dan hasil perbincangan akan dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin untuk memutuskan sama ada saya perlu kekal di negeri Selangor atau pun di peringkat Persekutuan

“Ia tertakluk kepada perbincangan saya dengan Perdana Menteri dijangka malam ini atau selewat-lewatnya esok (hari ini),” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin berkata, ada dimaklumkan oleh Mahathir untuk memainkan peranan di peringkat Persekutuan namun tidak dimaklumkan kementerian bakal diterajuinya.

“Jadi bila pengumuman dibuat sudah tentulah saya ingin mendapat penjelasan tentang tugas yang akan saya galas, namun saya perlu menghadap sultan untuk berbincang langkah selanjutnya.Sudah tentu saya tidak akan pegang dua portfolio sekaligus,”katanya lagi. - Sinar Online

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain