suria

Syed Saddiq mahu sado, ini kali lah!

Syed Saddiq.

PETALING JAYA: Selain memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat selepas memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), malahan musim berkempen baru-baru ini turut memberi kesan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bergelar Yang Berhormat pada usia 25 tahun, kesibukan berkempen selama 11 hari menjelang hari mengundi pada 9 Mei lalu mengakibatkan berat badannya susut.

“Saya susut 5kg (kilogram) semasa musim kempen. Walaupun bulan Ramadan, bukan alasan untuk kita tidak bersukan. 

“Perlu teruskan rutin kecergasan saya,” kata Syed Saddiq yang memuat naik status di Insta Story di akaun Instagram miliknya, awal pagi Jumaat.

Mengenai rutin kecergasannya, Syed Saddiq yang juga Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberitahu, beliau akan melakukan senaman harian seperti berlari, tekan tubi dan ‘sit-up’.

“Larian 5km (kilometer) sehari, 400 tekan tubi dan 400 ‘sit-up’. Ini kali lah!,” katanya.

Syed Saddiq sebelum ini disebut-sebut sebagai pengganti Khairy Jamaluddin untuk jawatan Menteri Belia dan Sukan, apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas PRU14.

Graduan Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertanding sebagai calon PH menewaskan penyandang, Datuk Seri Razali Ibrahim (BN-Umno) dan seorang lagi pencabar, Abdul Aziz Talib (PAS) dengan majoriti 6,953 undi.

Syed Saddiq

Artikel Sebelum

Abang Mat dah mula tweet

Artikel Lain