suria

Wan Rosdy Menteri Besar baharu Pahang

PEKAN: Wakil rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Jelai (DUN) Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mengangkat sumpah jawatan Menteri  Besar Pahang yang baharu untuk tempoh dua tahun atau sehingga tempoh yang diperkenankan.

Istiadat pengurniaan  Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang itu berlangsung di hadapan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini petang Selasa.

Turut berangkat Tengku Puan Pahang Tunku  Azizah Aminah Maimunah dan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Haji Ahmad Shah.

Pelantikan  Wan Rosdy itu bagi menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN) Pahang menggantikan Datuk Seri Adnan Yaakob yang memimpin negeri tersebut sejak 1999.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14  (PRU14) minggu lepas, Wan Rosdy yang menyandang DUN Jelai sejak 2004  menang dengan majoriti 3,507 undi, mengatasi calon PAS, PKR dan PSM.-Bernama

Wan Rosdy, Menteri Besar Pahang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain