Tiada rehat untuk Dr Mahathir - Semasa | mStar

Tiada rehat untuk Dr Mahathir

Dr Mahathir ketika ditemui semasa menyampaikan penerangan khas di kediaman beliau, Ahad. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengamal media mungkin menjangka Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru saja dilantik sebagai perdana menteri ke-7, akan mengambil peluang bercuti rehat hujung minggu selepas berkempen hebat sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-14, namun hakikatnya tidak begitu.

Selepas berbincang dan mengumumkan pelantikan tiga menteri kanan kabinetnya Sabtu, pada Ahad pula beliau mengadakan sesi penerangan tentang beberapa dasar kerajaan kepada media rasmi RTM dan Bernama di rumahnya di Seri Kembangan di sini.

Dr Mahathir yang popular dengan gelaran 'Che Det' dan sudah menjangkau usia 92 tahun, tetap kelihatan segar.

Pada sesi penerangan itu, beliau turut menjawab beberapa persoalan mengenai sistem pentadbiran kerajaan, penjawat awam, 100 hari manifesto Pakatan Harapan, dan juga isu ekonomi termasuk harga minyak dan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Sepanjang minggu lepas beliau sibuk dengan urusan rasmi istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri, sidang akhbar dan mesyuarat-mesyuarat bagi pembentukan kabinet baru kerajaan bersama pemimpin-pemimpin empat parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Beliau selaku Pengerusi pakatan itu berkata sesi penerangan itu dibuat kerana beliau tidak sempat mengulas panjang di beberapa sidang media sejak pelantikannya kerana dihujani pelbagai soalan oleh media tempatan dan asing.

Dalam sesi kira-kira sejam yang turut dihadiri isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali itu, perdana menteri memulakan penerangan berkaitan peranan PH dalam penubuhan kabinet memandangkan ada yang tidak faham kenapa perlunya wujud konsensus dalam sesuatu keputusan.

Beliau yang segak berpakaian bush jacket berwarna kelabu, pakaian yang biasa dikenakannya semasa menyandang jawatan sama selama 22 tahun (1981-2003) menyentuh mengenai ketegasan kerajaan dalam menentang rasuah.

Menurutnya, polisi anti-korupsi menjadi keutamaan dalam pentadbiran baharu ini.

Dr Mahathir juga turut menyentuh mengenai keterbukaan kerajaan dalam menghadapi laporan berita, kepentingan kepakaran tenaga tempatan untuk menjana ekonomi negara selain menekankan perlunya satu kajian terhadap prestasi ekonomi termasuk jumlah hutang negara sebenarnya.

Sesi yang berakhir sekitar pukul 3 petang itu dikira tidak lengkap tanpa momen swafoto bersama pengamal media yang hadir di rumah agam beliau itu untuk dijadikan kenang-kenangan.

Pengamal media turut berkesempatan mendapatkan rakaman ucapan Hari Ibu dari Siti Hasmah yang berpesan agar sentiasa meluangkan masa dengan ibu tersayang agar hubungan kasih sayang terus terjalin dan berkembang mekar.
-Bernama

Tun M , rehat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain