suria

Pengerusi Felda letak jawatan

Tan Sri Shahrir Samad

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Shahrir Samad dikatakan melepaskan jawatannya pada Isnin.

Satu majlis perpisahan telah diadakan untuk Shahrir di ibu pejabat Menara Felda di Kuala Lumpur.

Kakitangan dilihat mengiringinya pulang selepas acara itu.

Shahrir dilantik sebagai pengerusi Felda pada Januari 2017, mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Isa Samad.

Artikel Lain