10 Exco Selangor angkat sumpah jawatan - Semasa | mStar

10 Exco Selangor angkat sumpah jawatan

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (duduk, tengah) bergambar dengan Anggota Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri Selangor selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Dan Ikrar Aku Janji Serta Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Yang Berhormat Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah hari ini. -fotoBERNAMA

KLANG: Tujuh muka baharu adalah antara 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, di sini Isnin.

Mereka adalah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya Haniza Mohamed Talha, Adun Seri Setia Dr Shaharuddin Badaruddin dan Adun Kajang Hee Loy Sian, ketiga-tiganya dari PKR.

Adun Kinrara Ng Sze Han dari DAP, Adun Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud dan Adun Pandan Indah, Ir Izham Hashim, kedua-duanya dari Parti Amanah Negara serta Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Selangor yang juga Adun Selat Kelang Datuk Abdul Rashid Asari.

Turut berangkat mengiringi Sultan Sharafuddin pada istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar akujanji serta pengurniaan surat cara pelantikan anggota Exco itu ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Sementara itu, tiga muka lama yang turut mengangkat sumpah jawatan Exco hari ini merupakan mereka yang telah berkhidmat pada penggal sebelum ini.

Ketiga-tiga muka lama itu ialah Adun Bandar Baru Klang Datuk Teng Chang Khim dan Adun Kota Kemuning V.Ganabatirau, kedua-duanya dari DAP serta Adun Sungai Tua Amirudin Shari dari PKR.

Istiadat angkat sumpah itu yang disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berlangsung di Balairung Seri Istana Alam Shah pada pukul 3 petang.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.
-Bernama

exco SElangor , angkat sumpah

Artikel Sebelum

Pembebasan Anwar ditunda

Artikel Berikut

Irwan Serigar ditukar ke JPA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain