suria

Anwar ulangi sokongan terhadap Tun M

PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi sokong padu parti itu terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya menghargai kunjungan Tun Dr Mahathir Mohamad petang semalam (Sabtu). Dalam pertemuan itu, saya telah mengulangi sokongan padu Keadilan (PKR) kepada kepimpinan beliau.

"Saya juga telah sampaikan keresahan pimpinan yang memohon agar kaedah rundingan lebih merangkumi.

"Pandangan tersebut disambut baik oleh beliau namun harus diputuskan bersama oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan," kata Anwar dalam satu kenyataan di laman Facebooknya petang Ahad.

Pada masa sama, Anwar berkata beliau turut menyampaikan pandangannya kepada pimpinan PKR bagi memastikan kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Dr Mahathir dan isterinya, Datuk Seri Wan Dr Wan Azizah Ismail selaku timbalan perdana menteri mantap dan kukuh serta dapat menyempurnakan tanggungjawab dengan cemerlang.

"Saya menggesa rakan-rakan seperjuangan yang telah menerima mandat rakyat untuk segera menjalankan tugas-tugas menyelamatkan dan membina semula negara kita," katanya.

Anwar Ibrahim, Tun M

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain