Rafizi anggap jawatan tiga menteri Kabinet belum muktamad - Semasa | mStar

Rafizi anggap jawatan tiga menteri Kabinet belum muktamad

PETALING JAYA: PKR menganggap keputusan untuk tiga menteri Kabinet itu masih belum muktamad, kata naib presidennya Rafizi Ramli.

Beliau berkata demikian selepas hanya jawatan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) dalam Kabinet diumumkan pada Sabtu.

"Sebarang keputusan mengenai apa-apa perlantikan mestilah dipersetujui secara bersama oleh keempat-empat parti di dalam PH.

"Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang dalam perjalanan untuk berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilisasi Cheras mengenai perlantikan-perlantikan ini," tulis Rafizi menerusi blognya pada Sabtu.

Menurut sumber dalaman PKR, terdapat rasa kurang senang apabila jawatan Kabinet dibincang antara pemimpin PH.

PKR mahukan jumlah jawatan tertinggi dalam Kabinet memandangkan ia adalah parti yang memenangi kerusi terbanyak di Parlimen.

Namun, DAP turut mempunyai tuntutan dan Amanah juga meminta agar kesemua empat parti mendapat jumlah kerusi yang sama rata, kata sumber.

Tambah sumber itu, kebanyakan wakil PKR telah meninggalkan mesyuarat majlis presiden PH yang diadakan untuk berbincang mengenai jawatan dalam Kabinet pada Sabtu.

Tetapi, hanya Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah masih berada dalam mesyuarat itu sebagai tanda tidak setuju mereka.

Mereka turut mahu penasihat PKR, Anwar terlibat dalam pemilihan proses itu.

Rafizi Ramli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Neymar terus kekal di PSG?