Kawat duri, laluan ke Putrajaya dibuka - polis - Semasa | mStar

Kawat duri, laluan ke Putrajaya dibuka - polis

PUTRAJAYA: Kawat berduri yang dipasang di sekitar bangunan pentadbiran kerajaan dan laluan ke bangunan-banguan tersebut sudah dibuka sejak 4 petang Jumaat, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan.

Beliau berkata kawat duri itu dipasang pada hari penamaan calon sebelum dibuka dan dipasang semula pada hari pengundian untuk tujuan keselamatan.

“Sebelum ini, kita buat sekatan di beberapa kawasan ‘hot spot' dan pasang kawat duri itu berikutan belum ada keputusan parti mana yang menjadi kerajaan.

"Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri malam tadi,  semua sekatan serta kawat duri yang dipasang sebelum ini dibuka untuk laluan orang awam,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dakwaan bangunan Jabatan Peguam Negara di sini dipasang kawat duri, susulan kenyataan Dr Mahathir bahawa kerajaan sedang meneliti kes berkaitan siasatan terhadap 1MDB yang dikendalikan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, tular di media sosial.

Rosly berkata gambar berhubung dakwaan itu, yang turut ditularkan, adalah tidak benar.

Sementara itu, tinjauan Bernama di kawasan berkenaan malam ini mendapati tiada lagi kawat duri dipasang di bangunan terbabit.

Tinjauan Bernama di Dataran  Putrajaya berhadapan Masjid Putra Jumaat malam pula mendapati ia meriah dengan kehadiran kira-kira 1,000 penyokong kerajaan PH yang terus meraikan kemenangan pakatan itu membentuk Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kawasan Dataran Putrajaya, yang sebelum ini ditutup bagi laluan orang awam, dibanijri kenderaan dan orang ramai dengan sebilangan besarnya mengibarkan bendera PKR dalam pelbagai bentuk dan saiz selain menjalankan aktiviti riadah yang lain.

Pada PRU14 Rabu lepas, PH memenangi 135 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu. - Bernama

Kawat duri , Putrajaya

Artikel Sebelum

Majlis ulang tahun Umno ke-72 suram

Artikel Berikut

Pemuda Umno P.Pinang minta Najib undur

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain