Selepas 15 tahun, Tun M duduki kerusi PM kali ke-2 - Semasa | mStar

Selepas 15 tahun, Tun M duduki kerusi PM kali ke-2

KUALA LUMPUR: Sejarah bakal tercatat buat diri Tun Dr Mahathir Mohamad serta negara apabila diberi mandat untuk kembali menduduki kerusi perdana menteri selepas 15 tahun meletak jawatan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) ini akan hadir ke Istana Negara bagi mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada pukul 9.30 pagi.

Pemimpin berusia 92 tahun ini adalah Perdana Menteri keempat dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober, 2003.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH memenangi 121 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk sebuah kerajaan Persekutuan yang baharu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PKR meraih 104 kerusi, DAP (9) dan Warisan sebanyak lapan kerusi menjadikan jumlah kerusi dimenangi PH iaitu 121.

Dr Mahathir yang bertanding atas tiket PKR memenangi kerusi Parlimen P004 Langkawi dengan majoriti 8,893 undi, menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Beliau memperoleh 18,954 undi untuk mengatasi Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN) yang mendapat 10,241 undi dan Zubir Ahmad (Pas) yang memperoleh 5,512 undi.

Mahathir , PRU14 , SPR

Artikel Sebelum

9 negeri boleh bentuk kerajaan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain