suria

Belum ada parti politik peroleh majoriti mudah - SPR

PETALING JAYA: Sebanyak 176 daripada 222 kerusi parlimen yang keputusannya disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum dapat memberi laluan untuk mana-mana parti menubuhkan kerajaan Persekutuan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Hashim Abdullah berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu keputusan rasmi untuk 46 lagi kerusi parlimen.

"Tiada mana-mana parti yang mendapat majoriti mudah setakat pukul 1.42 pagi Khamis," katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Pengumuman yang dibuat Hashim sebentar tadi adalah Barisan Nasional (BN) memperoleh 67 kerusi, PAS (14), PKR (80), DAP (9), Warisan (2), Parti Solidariti Tanahairku (1) dan Bebas (3).

PKR, BN, PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain