Proses peralihan kuasa tidak boleh dilengahkan lagi - Semasa | mStar

Proses peralihan kuasa tidak boleh dilengahkan lagi

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara dan Panglima Angkatan Tentera pada petang Khamis bagi membincangkan tentang proses peralihan kuasa.

Mohamad Fuzi berkata, perbincangan yang diadakan di Putrajaya itu adalah untuk membuat ketetapan mengenai proses peralihan kuasa yang perlu dilaksanakan dengan lancar dan tersusun.

"Proses peralihan ini wajar disegerakan dan tidak boleh dilengahkan bagi mengelakkan sebarang spekulasi tidak sihat yang mampu menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara kita.

"Kita juga sudah melakukan ketetapan bahawa proses ini juga perlu dilakukan mengikut peraturan perundangan serta berlandaskan peruntukan perlembagaan persekutuan negara kita," katanya pada sidang media khas yang diadakan di Bukit Aman pada Khamis.

Tambah Mohamad Fuzi, mereka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam masa terdekat bagi menyembah maklum tentang keputusan tersebut.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memberi jaminan bahawa keselamatan di seluruh negara kekal terkawal dan pihaknya akan memastikan proses peralihan kuasa akan berjalan dengan lancar di peringkat pusat dan negeri.

"Dalam masa yang sama, PDRM juga meminta kerjasama ahli masyarakat dan orang ramai agar bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam negara kita pada ketika ini," ujarnya.

Sebelum ini Bernama melaporkan, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh pada petang Khamis di Istana Negara di sini.

Dr Mahathir dalam sidang akhbar bersama para pemimpin dalam Pakatan Harapan berkata, terdapat keadaan mendesak bagi negara untuk menubuhkan sebuah kerajaan secepat mungkin oleh kerana tempoh kerajaan sementara telah pun berakhir pada malam Rabu.

Ketua Polis Negara , peralihan kuasa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini