suria

Drama hari mengundi, kecoh sebab pakai seluar pendek

ISU pengundi hadir berseluar pendek menjadi bualan hangat netizen pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ia berikutan tindakan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menghalang seorang pengundi daripada menjalankan tanggungjawabnya di SMK Kampong Kastam, Bagan Jermal, Pulau Pinang pada pagi Rabu.

Apa yang menjadi pertikaian ialah SPR sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa etika berpakain seperti seluar pendek atau selipar tidak menjadi masalah untuk pengundi hadir dan membuang undi di pusat mengundi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dilaporkan berkata pihaknya tidak pernah dan tidak akan menghalang seseorang pengundi daripada memasuki tempat mengundi asalkan ia tidak menyalahi Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Jelasnya akta tersebut memperuntukkan bahawa seseorang pengundi adalah dilarang sama sekali memasuki tempat mengundi sekiranya mereka memakai apa-apa pakaian dan peralatan yang memaparkan nama calon, simbol atau lambang parti politik pada hari mengundi.

PRU14

Artikel Berikut

Artikel Lain