Serangan siber punca panggilan spam - Semasa | mStar

Serangan siber punca panggilan spam

SHAH ALAM: Serangan siber (BOTS) dikesan menjadi punca beberapa pemimpin melibatkan pelbagai parti politik menerima panggilan ‘spam’ sejak awal pagi lagi.

Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, pihaknya mengesan serangan BOTS dilakukan pihak tidak dikenali dari pelbagai sumber yang disasarkan kepada beberapa parti politik di negara ini.

“SKMM menerima beberapa aduan hari ini berhubung panggilan telefon yang kemudiannya dimatikan. Gangguan ini dialami secara berterusan oleh semua parti.

“Kami menggesa pihak berkenaan supaya segera menghentikan serangan teknikal itu kerana ia mengganggu rangkaian telekomunikasi yang bukan saja menyebabkan ketidakselesaan orang ramai, malah menjejaskan keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan dipetik dari laman sosial Facebook suruhanjaya itu.

Dalam pada itu, SKMM turut menasihatkan mereka yang menerima panggilan daripada nombor telefon tidak dikenali supaya tidak menjawabnya.

“SKMM dan pengendali rangkaian telekomunikasi akan terus menyiasat dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit,” katanya.

SKMM , panggilan spam

Artikel Berikut

‘Syukur masih panjang umur’

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain