suria

Diskaun tol LDP, SPRINT sempena PRU14

Lebuhraya LDP. Foto RAJA FAISAL HISHAN

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya SPRINT masing-masing akan diberi diskaun 10 peratus dan 10 sen bagi bayaran tol bersempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Rabu.

Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK), Shah Rizal Mohamed Fawzi dalam kenyataan pada Selasa berkata, diskaun tol itu akan dinikmati bermula 12 tengah malam ini dan berakhir pada 11.59 malam Rabu (9 Mei).

"Diskaun tol di LDP diberi kepada pengguna kenderaan kelas 1 sahaja (kereta atau kenderaan dua gandar), manakala diskaun tol di Lebuh Raya SPRINT pula ditawarkan untuk semua jenis kenderaan," katanya. - Bernama

LDP, SPRINT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain