Polis cari wanita curang disebabkan suami dibunuh - Semasa | mStar

Polis cari wanita curang disebabkan suami dibunuh

Fadil Marsus (tengah).

TAWAU:  Polis sedang mengesan seorang wanita Indonesia bagi membantu siasatan kes  seorang lelaki maut ditetak dalam kejadian di Kampung Murni, Ladang Kretam di Kalabakan pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata wanita itu adalah Ani Bedu iaitu isteri kepada mangsa bunuh Amir Mapiasse,35 yang juga warga Indonesia.

"Pihak polis menerima panggilan daripada pengurus ladang berkenaan yang menemui mayat lelaki dipercayai pekerja ladang dalam keadaan terbaring berlumuran darah, kira-kira pukul 1.15 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Fadil berkata siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja di ladang itu selama sembilan tahun  pulang ke rumah pada 11 pagi dan mendapati isterinya sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki di rumah mereka dan berlaku pergaduhan sehingga mangsa ditetak .

"Suspek telah melarikan diri namun berjaya di tahan polis lima jam selepas menerima  aduan manakala isteri mangsa sedang dikesan," katanya lagi dan menambah bahawa suspek akan diremen mulai hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurutnya  motif pembunuhan itu dipercayai berpunca daripada hubungan sulit suspekdengan isteri mangsa.

Beliau berkata polis telah menjumpai sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa. -Bernama

isteri curang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain