suria

Syed Saddiq, Rafizi tak muncul

Syed Saddiq.

MUAR: Penyokong calon Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kecewa apabila calon itu gagal muncul di majlis ceramah di Parit Jawa, dekat sini, pagi Jumaat.

Naib Presiden Keadilan, Rafizi Ramli yang dijadualkan hadir pada majlis yang dipanggil Ceramah Bina Semula Negara itu juga tidak muncul.

Majlis ceramah di Pasar Awam Parit Jawa yang bermula jam 10 pagi itu hanya disertai calon PKR, DUN Maharani, Norhayati Bachok dan calon DUN Sungai Balang, Naim Jusri.

Syed Saddiq, yang bertanding menggunakan logo PKR, ketika dihubungi Bernama berkata, beliau tidak dapat hadir kerana menghadiri perjumpaan bersama kepimpinan PPBM.

Beliau bagaimana enggan mengulas lanjut butir mesyuarat berkenaan. - Bernama

Rafizi Ramli, Syed Saddiq

Artikel Lain