Tindakan Puad Zarkashi waras - Semasa | mStar

Tindakan Puad Zarkashi waras

Hishammuddin Tun Hussein.

KLUANG: Tindakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membatalkan hasratnya untuk tidak bertanding atas tiket bebas merupakan keputusan yang waras dan bijaksana.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan tersebut disambut baik berikutan Ketua Umno Bahagian Batu Pahat itu menerima nasihat daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya tidak bertanding.

Menurutnya, tindakan Mohd Puad juga menunjukkan pemimpin negeri ini sentiasa meletakkan konsep ‘Muafakat Johor’ sebagai keutamaan sekali gus mengutamakan nilai perjuangan parti daripada nafsu peribadi.

“Saya kenal Puad (Mohd Puad) dari dulu lagi. Tuanku (Sultan Ibrahim), saya rasa memberi titah dan nasihat yang melihat pertimbangan negeri kita sendiri.

“Tuanku tidak mahu melihat pemimpin kita kerana marah, emosi atau kedudukan semasa membuat keputusan yang akhirnya menjejaskan kredibiliti pemimpin berkenaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Gelanggang Futsal di Kampung India, Paloh di sini, Ahad.

Pada Sabtu, Mohd Puad menerusi catatan Facebook berkata sebagai Bangsa Johor, beliau akhirnya mengambil keputusan tidak bertanding atas tiket bebas setelah mendapat nasihat Sultan Johor.

Mohd Puad sebelum ini dikatakan akan bertanding sebagai calon bebas kerana kecewa namanya tidak dicalonkan dalam PRU14 sebaliknya digantikan dengan Haliza Abdullah yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Batu Pahat.

Namun, sehingga tempoh penamaan calon tamat pada Sabtu, kehadiran Mohd Puad di pusat penamaan calon di Batu Pahat tidak kelihatan untuk memberikan saingan. - Sinar Harian

Mohd Puad Zarkashi

Artikel Sebelum

Muhyiddin lah, bukan Mahiaddin

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?