PKR fail petisyen lepas pencalonan Tian Chua ditolak - Semasa | mStar

PKR fail petisyen lepas pencalonan Tian Chua ditolak

GEORGE TOWN: PKR akan memfailkan petisyen kepada mahkamah Isnin berhubung kes kertas pencalonan Naib  Presiden PKR Tian Chua ditolak oleh pegawai pengurus  pilihan raya bagi kerusi Parlimen Batu di Wilayah Persekutuan pada Sabtu.

Naib Presiden PKR, Nurul  Izzah Anwar semasa Ceramah Mega di Padang Kota, di sini pada Sabtu malam berkata Tian Chua telah menghubungi beliau sebelumnya untuk memaklumkan perkara tersebut.

Pada sidang khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diadakan selepas proses penamaan calon selesai, pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, keputusan untuk menolak pencalonan Tian Chua dilakukan  oleh  pegawai  pengurus  pilihan  raya dan beliau boleh mengemukakan petisyen kepada mahkamah untuk memutuskan mengenai perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tian Chua lapor polis dakwa SPR langgar undang-undang

“Biarlah ia dibawa ke mahkamah dan biarlah mahkamah memutuskannya. SPR akan mematuhi keputusan mahkamah,” kata Mohd Hashim pada sidang media di Kuala Lumpur.  

Beliau berkata adalah terlalu awal untuk memutuskan bahawa Tian Chua telah hilang kelayakan sepenuhnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).  

Tian Chua diumumkan hilang kelayakan untuk bertanding kerusi Parlimen Batu di pusaat penamaan calon berikutan  denda RM2,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. - Bernama

Tian Chua

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

"Azmin kejar, saya tangkap"

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain