suria

“Tanya calon PKR sendiri, saya tak perlu jawab”, kata KJ kepada Rafizi

PETALING JAYA: Bekas anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memuat naik tweet berbaur provokasi terhadap calon Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berhubung dakwaan pihak polis menghalang calon Pakatan Harapan (PH) untuk menghantar borang penamaan calon pada Sabtu.

Rafizi yang memaklumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menulis: "Jika bekas menteri besar Negeri Sembilan menang percuma kerana PDRM halang calon PH hantar borang, orang yang turut kena jawab ialah @khairykj kerana DUN Rantau dalam Parlimen Rembau.

"Masih tunggu laporan dari Rembau," tulis Rafizi menerusi tweet yang dimuat naik pada pagi Sabtu.

Khairy tidak mengambil masa lama untuk membalas pertanyaan tersebut dan meminta agar Rafizi bertanya sendiri kepada calon PKR tersebut tentang punca dia tidak membuat pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Tanya calon PKR sendiri kenapa dia tak buat kad pengenalan diri pilihan raya (pas SPR).

"I don’t think MB or I have to answer for your own candidate’s mistake (Saya tidak rasa menteri besar atau saya perlu menjawab bagi kesilapan calon anda sendiri)," balas Khairy.

Calon PKR, Dr S Streram gagal menyerahkan borang penamaan calon kerana tidak mempamerkan pas calon yang dikeluarkan oleh SPR.

Seorang pengguna Twitter, @aamrhmzh berkata: "@rafiziramli kena la ikut undang-undang. Kalau kena ada pasa SPR, kena la ada.

"Calon PKR Parlimen Wangsa Maju lupa bawa kad pengenalan. Calon Barisan Nasional Parlimen Bandar Tun Razak lupa bawa surat pencalonan, kena la dapatkan juga untuk jadi calon.

"Sekarang lupa pas, surat pencalonan dan kad pengenalan; esok dah menang, lupa rakyat," ujarnya.

Memetik kemaskini yang dimuat naik oleh Bernama di Twitter, hanya Mohamad Hasan seorang yang menyerahkan borang penamaan calon DUN Rantau sehingga pukul 10 pagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain