Kedutaan Palestin masih tunggu kelulusan kerajaan Mesir - Semasa | mStar

Kedutaan Palestin masih tunggu kelulusan kerajaan Mesir

KUALA LUMPUR: Kedutaan Palestin di Malaysia masih menunggu kelulusan kerajaan Mesir untuk proses membawa balik jenazah Dr Fadi Mohammed Al Batsh ke Gaza, Palestin.

Ketua Jabatan Sumber Manusia Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) Arafiah Aman berkata beliau telah menghubungi Duta Palestin ke Malaysia Datuk Dr Anwar H. Al Agha yang memaklumkan perkembangan itu.

“Saya telah menghubungi beliau (Anwar) yang memaklumkan belum menerima kelulusan kerajaan Mesir setakat ini,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang di sini Selasa.

Anwar sebelum ini berkata pihak kedutaan telah menerima arahan jelas daripada Presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk menguruskan segalanya termasuk kepulangan anggota keluarga imam dan pensyarah dari Palestin itu ke Gaza.

Bagaimanapun, pihaknya perlu berbincang dengan kerajaan Mesir kerana jenazah akan dibawa dari Kaherah ke Gaza.

Pada Isnin, adik lelaki mangsa, Dr Rami Al Batsh, 31, berkata jenazah abangnya akan dibawa pulang ke Gaza, Selasa selepas urusan dokumentasi selesai.

Untuk tujuan itu, Rami berkata pihaknya telah menempah tiket penerbangan termasuk untuk anggota keluarganya dari Kuala Lumpur ke Mesir bagi mengiringi jenazah ke Gaza.

Sementara itu, Unit Perubatan Forensik hospital itu masih menjadi tumpuan kira-kira 20 media tempatan dan asing yang menunggu perkembangan terkini berikutan jenazah Fadi masih berada di rumah mayat hospital berkenaan.

Anggota keluarga dan pengurusan jenazah Allahyarham masih menanti proses dokumentasi selain kebenaran untuk menghantar pulang jenazah ke Gaza melalui Mesir.

Fadi, seorang pensyarah kejuruteraan elektrik ditembak mati di luar kondominium Idaman Puteri di Setapak semasa berjalan ke Surau Medan Idaman untuk sembahyang subuh pada lebih kurang pukul 6 pagi Sabtu lepas.

Dua lelaki bermotosikal dikatakan menunggu mangsa sebelum melepaskan 10 das tembakan ke arah mangsa berusia 35 tahun itu. - BERNAMA

imam Palestin

Artikel Sebelum

Arah mangsa bayar RM2,000 kemudian lesap

Artikel Berikut

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain