KPN nafi polis lewat bertindak kes pembunuhan saintis Palestin - Semasa | mStar

KPN nafi polis lewat bertindak kes pembunuhan saintis Palestin

KUALA LUMPUR: Pihak polis menafikan mengambil masa hampir sejam untuk bertindak balas terhadap kes pembunuhan saintis Palestin yang terbunuh di Setapak di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, lelaki dalam video yang tular mendakwa dia berada di lokasi kejadian dan cuba menghubungi polis tiga atau empat kali, namun tidak mendapat maklum balas

"Video dalam bahasa Arab itu dialih bahasa dan dimuat naik ke Facebook oleh orang lain.

"Dia membuat kesilapan ketika mengalih bahasa dengan mengatakan lelaki itu cuba menghubungi polis sebanyak 43 kali," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat polis pada Ahad.

Mohamad Fuzi berkata posting Facebook tersebut kemudiannya diturunkan individu yang memuat naik video tersebut mengakui dia telah membuat kesilapan.

"Bagaimanapun video itu penuh dengan pembohongan kerana kami menerima panggilan pertama pada pukul 6.41 pagi dan menghantar sebuah kereta rondaan ke tempat kejadian pada pukul 6.44 pagi, dan kereta itu tiba di tempat kejadian pukul 6.49 pagi," katanya.

Beliau berkata, video yang tular itu adalah adalah berita palsu yang merosakkan reputasi Polis Diraja Malaysia dan negara di mata masyarakat antarabangsa.

"Kami menyeru lelaki dalam video untuk tampil ke depan dan membantu siasatan," katanya.

Tambah beliau, sebuah lagi video tular lain menunjukkan seorang lelaki ditangkap sebenarnya dikaitkan dengan kes berasingan.

Dr Fadi Mohammed Al Batsh

Artikel Sebelum

Jenazah Fadi akan dikebumi di Palestin

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain