Tak kisah digelar YB ‘traffic light’ - Semasa | mStar

Tak kisah digelar YB ‘traffic light’

Zulkurnain Kamisan. Foto Sinar Harian

BATU PAHAT: “Saya tak kisah digelar YB traffic light,” kata Adun Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jolokan yang diberikan oleh sesetengah pihak terhadapnya.

Difahamkan, jolokan tersebut diperoleh ekoran banyak lampu isyarat dipasang sejak beliau memenangi kerusi Adun berkenaan pada PRU13 lalu.

Beliau berkata, pemasangan lampu isyarat ada kebaikannya kerana dapat bantu kurangkan kemalangan jalan raya.

“Contohnya di persimpangan jalan utama Sri Medan, pemandu yang berada di Jalan Muar tidak akan memperlahankan kenderaan dan ia menyukarkan mereka yang nak keluar dari Sri Medan.

“Tapi bila ada lampu isyarat pemandu akan memberhentikan kenderaan, sekali gus elak kemalangan daripada berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pemasangan lampu isyarat bukan untuk menyusahkan pengguna sebaliknya ia mampu membantu menjadikan simpang sebagai tempat yang selamat untuk pengguna jalan raya.

“Sekarang ini kenderaan semakin bertambah dan sekiranya tiada lampu isyarat dipasang di kawasan tertentu risiko kemalangan akan meningkat.

“Adalah lebih baik langkah pencegahan dilakukan sebelum kemalangan berterusan berlaku dan mengorbankan puluhan nyawa,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkurnain berkata, terdapat lagi lampu isyarat akan dipasang di beberapa tempat termasuk di persimpangan Kampung Parit Maimon, Simpang Lima.

Bagaimanapun, katanya, pemasangan hanya menunggu kelulusan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR). - Sinar Harian


YB , Zulkurnain Kamisan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.