Tahanan alami demam, cirit-birit sebelum meninggal dunia - Semasa | mStar

Tahanan alami demam, cirit-birit sebelum meninggal dunia

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Lelaki yang didapati meninggal dunia ketika berada di bawah jagaan polis di sebuah lokap di Shah Alam mengalami demam, sakit perut, cirit-birit dan hilang selera selama beberapa hari, kata Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata, Thanabalan Subramaniam, 38, tiba-tiba tidak sedarkan diri pada Selasa sebelum dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan hospital tersebut.

"Punca kematian masih tidak diketahui dan laporan bedah siasat juga masih belum dikeluarkan olegh pihak hospital," katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki meninggal dunia dalam lokap

Tambah beliau, Thanabalan ditahan di lokap tersebut sejak 29 Mac lalu.

Kata Noor Hisham, 10 lain yang ditahan turut jatuh sakit dan mengadu mengalami gejala yang sama.

Susulan siasatan yang dijalankan, sembilan daripada 10 kes yang dilaporkan melibatkan gejala ringan seperti batuk dan demam, sementara satu lagi kes melibatkan sakit perut dan cirit-birit.

Tujuh daripada mereka diberikan rawatan oleh pasukan perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang ketika berada di dalam lokap, manakala tiga lagi dirujuk ke Hospital Shah Alam dan dibenarkan pulang selepas itu.

"Pihak kementerian akan terus memantau situasi tersebut," kata beliau.

Ahli Parlimen, G. Manivanan mengeluarkan kenyataan sebelum ini pada Khamis mendakwa terdapat unsur kecuaian dan kegagalan daripada pihak polis dalam merujuk Thanabalan kepada pihak doktor sehingga menyebabkan kematiannya.

Thanabalan ditahan sejak 20 hari lalu di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) kerana disyaki terlibat dalam jenayah terancang.

tahanan meninggal dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain