Uber 'hijrah' ke Grab, MyCar terima ribuan pendaftaran - Semasa | mStar

Uber 'hijrah' ke Grab, MyCar terima ribuan pendaftaran

mycar
Foto Facebook MyCar

MYCAR, aplikasi E-Hailing terbaharu di Malaysia  mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan pemandu Uber, terutamanya sejak pengumuman Uber memberhentikan operasi mereka bermula 8 April baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi Platform Apps Sdn Bhd, Mohd Noah berkata, setakat ini mencecah hampir dua ribu lebih pemandu didaftarkan di mana MyCar telah membuka pendaftaran di seluruh Malaysia melalui pendaftar-pendaftar pemandu yang dilantik di seluruh Malaysia.

"Sehubungan itu, MyCar akan membuka kaunter pendaftaran di Ibu Pejabat MyCar di Setia Alam, Shah Alam sehingga jam 11.00 malam setiap hari untuk memudahkan pemandu membuat pendaftaran selepas waktu pejabat.

"Di samping itu mereka yang jauh boleh mendaftar dengan menghubungi pendaftar MyCar seperti yang dinyatakan dalam laman rasmi Facebook MyCar di www.facebook.com/mycar.net.my.

"MyCar bersedia untuk menerima lebih banyak tempahan dari pengguna di seluruh Malaysia dan ia terbukti apabila MyCar adalah pilihan utama bagi pemandu Uber berhijrah selain daripada syarikat gergasi Grab," katanya. - Sinar Online

Uber , Grab , MyCar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain